skptkp.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skptkp@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah ini mula ditubuhkan atas nama Sekolah Melayu Paloh Pacat, Pulau Tiga Kiri, Perak. Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratap rumbia telah didirikan pada tahun 1902 atas daya usaha penduduk kampung. Murid-murid disini adalah terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan seramai 40 orang, manakala tenaga pengajarnya seramai 2 orang sahaja.

Sekolah ini asalnya terletak berhampiran Sungai Perak. Ketika itu sungai merupakan jalan perhubungan terpenting. Perhubungan hanya menggunakan sampan dan bot sahaja. Pekan terdekat ialah Kampong Gajah yang terletak kira-kira 8 km sahaja dari Kampong ini.

Pada tahun 1910, sebuah bangunan sekolah yang baru telah dibina oleh kerajaan sebagai bangunan tambahan. Seterusnya pada tahun 1965, sebuah bangunan baru dua bilik telah dibina di atas kawasan seluas 5 ekar 29 pol dan bangunan baru ini telah didirikan berhampiran jalanraya. Namun begitu bangunan lama masih digunakan kerana kekurangan bilik darjah. 

Pada tahun 1969 sebuah lagi bangunan baru dua tingkat telah didirikan. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, bilik Guru Besar, bilik Guru, stor dan tandas. Bangunan kantin turut didirikan. 

Pada tahun 1970 jumlah murid sekolah ini telah meningkat sehingga 300 orang. Namum jumlah murid kian menurun berikutan ramai ibubapa penjaga telah berpindah ke Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak dan Tanah Rancangan Felcra Changkat Lada 1 & 2. Penghijrahan anak-anak muda ke kota turut mempengaruhi  kemerosotan pelajar di sekolah ini. 

Pada tahun 1996, bilangan pelajar meningkat kembali, dimana ramai dari ibubapa yang berkerja di bandar-bandar telah pulang ke kampong atas desakan hidup dibandar dimana kos sara hidup yang tinggi di bandar.





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: